Thursday, 6 December 2012

KU BERSYUKUR PADAMU.. YA ALLAH

Assalamualaikum semua..

Hari ni Bunga bersyukur di atas nikmat dan kurniaan yang ALLAH SWT beri..
tapi 2 yang utama ialah, sahabat Bunga sanggup belanja Bunga untuk ke majlis Reunion Sekolah TIGS Class Of 1999.. terima kasih yang x terhingga kepada insan yang berhati mulia dan berjiwa kental ini.. Beliau seorang yang bersemangat jitu..x pernah kenal erti jatuh.. terus mengorak langkah... Semoga Beliau lebih kaya dan berjaya di dunia dan akhirat..

Yang kedua, sedang Bunga dengan kusyuknya nak bancuh air untuk bapa Bunga, tetiba... bekas NES tu terjatuh, Bunga nak elakkan dri berterabur, and...sedar2, jari kelingking Bunga pun terhiris pada penutup tin susu MARIGOLD..credit to it! sebab geram ngan tin susu tu, tulis nama dia..haha! coz telah berjaya mengalirkan darah yang begitu cantik warnanya..haha
Pedih dan bisanya Yaaa Ampunnn... hanya  ALLAH dan orang2 yang pernah tersodok atau terhiris penutup tin susu je la yang tahu...Ada yang pernah kena ke??? So,, apa yang membuatkan Bunga bersyukur???
Bila Bunga tengok DARAH yang mengalir tu, Bunga motivasikan diri... cehhh!! sempat lg nak motivasi tuh....hehe!! Bunga patut bersyukur kerana setakat luka kecil segitu aje.. Anak2 GAZA lebih teruk dari ini...!!

SO THE CONCLUSION IS:::

SENANTIASALAH KITA BERSYUKUR, WALAU APA YANG KITA DAPAT, APA SITUASI KITA, APA YANG KITA RAIH, ATAU APA SAHAJA YANG BERLAKU PADA KITA DAN APA YANG KITA ADA, KERANA SEMUA ITU ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH SWT UNTUK MENGUJI, MENILAI, MENGANUGERAHKAN , MELIHAT SEJAUH MANA IMAN KITA!!

ALWAYS BE THANKFUL TO THE GREATEST ALLAH SWT..
LOVE ALLAH, LOVE MUHAMMAD S.A.W

Tuesday, 4 December 2012

Kuih Lapis je ari ni nampaknya..

Hah, oleh kerana P.Pain, hehe, Bunga cma wat Kuih Lapis ni jew.. rupanya pun mcm mood kak Bunga..haha, tapi rasanya umphh..

Ni Resepinya :

1 cwn tpg beras
1 cwn tpg gandum
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
pewarna, esen ros, garam

caranya:
panaskan pgukus dulu
campur tpg,gula, garam, kacau dan tapis,
bahagikan kpada beberapa bhgn ikt kesukaan,
letakkan esen ros dmana bahagian yg anda suka,
tuangkan dlm acuan, kukus dlm 3,4 minit, dan masuk kan yg warna lain, dan kukus lg hgga 3,4 mnt, ulangi, berselang seli warna smpai habis.. tunggu sejuk bru potong atau kluarkan(kalau gna acu lompang)..

mudahkan? smua org leh wat!;)

Monday, 3 December 2012

Stok Maxi Peel Yang Masih Berlambak

Terima kasih kepada penganjur kelmarin, kerana sampai skang masih byk lagi stok MaxiPeel saya..
Apa nak di buat dgn bende ni ek..? Ada sesiapa nak tak? ;)

My MaxiPeel Journey Finale

Alhamdulillah.. Bunga x sangka dapat menyertai My Maxi Peel Journey yang memberikan Bunga peluang mencantikkan kulit wajah dengan menggunakan produk mereka..MaxiPeel.. Disamping itu, Bunga juga dapat RM1000..hehe
Kesemua 8 orang wanita dari seluruh Malaysia yg terpilih dapat RM1000 tu.. Ini salah satu pengalaman yg menyeronokan pada tahun 2012. Terima kasih diucapkan kepada Maxi Peel Malaysia, Event Plus, dan kesemua yang terlibat..;)

Sunday, 2 December 2012

My part Time Job, Mak Andam Gitu,,,

    
 Make up! Owh, make up n saya tak boleh dipisahkan... Bunga sangat suka make up..Boleh dikatakan penuh barang make up kat almari,  meja solek, dalam laci belum lagi dalam beg tangan, tapi kalau pergi shopping, nampak je barang make up, walaupun semua da ade, mesti menggigil je nak beli..Ade tak friends outhere yang sama mcm Bunga..


  Orang perempuan ni, dia sebanarnya dah cantik da pun, tapi dia masih x puas hati..kata orang, biji mata da cantik, eihh, tetap nak pakai lense yang biru, coklat, kelabu.. Kadang encik abang tergelak tengok perangai si isteri ni.. So dek kerana suka dan minat, sampai belajar kat Youtube lagi, macam2 cara make up nak di cuba. Sampai la ade kawan2 yang suh make upkan dia orang masa diaorang ada event..



Kerje mengandam atau menyolek orang ni leh tahan lumayan gak.. Sekarang ni Bunga make up kan bukan aje orang muda, yang da berumur, si cilik pun ade.. Masa anak Bunga masuk tarian kat sekolah.. sampai 8 muka anak dara kecik di tenyeh ngan make up.. Kelam kabut jugak dibuatnya, masanya 1 jam jer..nak x nak tala kan jugak..hehe



 Pendek kata, panjang pun kata.. Jika kita di anugerahkan dengan kepandaian tertentu, tonjolkan, mana tahu, itu bakat yang kita ade tulah punca rezeki kita..